Thursday, October 14, 2010

Redha kah aku..



Ujian Allah..dalam mengharungi liku2 kehidupan..kte xkn dpt lari dari diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan oleh Allah..ujian yg dtg x mengira masa dan siapa..dan ujian tu mestilah diharungi dgn tabah dan kuat serta percaye hikmah disebaliknye..hmm..tp..tabah ke eja..kuat ke eja..smakin membesar..smakin byk ujian yg eja lalui..tp pnh ke eja sedar sblm2 ni eja telah diuji..x..eja x sedar sbb eja kecik lg..tp skarang..eja da boleh memahami..da boleh berfikir scare matang..

Hmm..skarang...ape pun dugaan yg eja teme..perlu ke eja mengeluh ngan ape yg eja lalui..perlu ke eja meratapi stiap dugaan yg eja terpakse teme n harungi..kenape naseb x menyebelahi eja..dimane silapnye eja..kenape sume ni terjadi kat eja..kenape persoalan ni sentiase bermain2 di hati dan difikiran walaupun eja xnk mengiyakannya..xnk persoalan2 tuh menumpang difikiran eja walaupun skejap..
Hmm..tidakkah eja redha ngan stiap dugaan tu..dugaan tu adalah ujian dari Allah..eja dah cube teme..cume kdg2..bile stiap persoalan tuh singgah difikiran..eja membenarkannya..ya Allah..berdosakah aku..tidak menerima stiap ujian Mu dgn redha..tatkale terpikir akan persoalan2 tu..eja terjumpe satu artikel dlm blog seorang hamba Allah..maaf jika 'copy' artikel ni tanpe kebenaran..utk di 'paste' di blog eja ni skadar renungan utk eja..mematangkan lg pemikiran eja...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Walaubagaimanapun, kadang-kala apa yang kita doa dan pohon tidak semestinya diperolehi dan dimakbulkan pada ketika itu. Jika berlaku perkara ini, kita perlulah berbaik kepada konsep mengimani Qadha dan Qadar iaitu:

- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini samada ia sesuatu kebaikkan ataupun keburukkan.

- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini walaupun kita diberikan pilihan untuk berusaha bersungguh-sungguh.

- Menyedarkan bahawa hakikat manusia itu lemah dan perlu kepada Allah Taala.

- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

Selain itu, dugaan juga datang bersama tujuan dan hikmah yang tersembunyi. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku. Hikmah itu pula kadang-kala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Bertakwalah kamu terhadap perkara-perkara haram nescaya kamu menjadi manusia paling beribadah. Redhalah dengan apa yang ditentukan Allah kepadamu nescaya kamu menjadi manusia paling kaya.

(Riwayat Tarmizi).

Redha juga merupakan sebab yang kuat untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Manakala kemurkaan pula merupakan sebab kesengsaraan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala kepadanya.

(Riwayat Tarmizi).

Yakinlah bahawa Allah Taala tidak redha kepada hambaNya kecuali setelah hamba itu redha kepadaNya di dalam semua hukum dan perbuatanNya. Di sebabkan itulah kita perlu redha di atas dugaan kegagalan yang menimpa diri kita ini.

Firman Allah Taala bermaksud:

Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah.

(Surah al-Bayyinah: Ayat 8).


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




No comments: